Versi 1
Sah mulai 1/01/2021
Dasar privasi ini diberikan bagi pihak Markit Holding AS (Estonia) dan semua anak syarikatnya (selepas ini disebut sebagai “Markit” atau “kami”), yang merupakan pengawal data.
Dasar privasi ini menerangkan cara kami mengumpul, menggunakan dan memproses data peribadi subjek data yang mewakili atau berkaitan dengan pelanggan perniagaan kami (selepas ini disebut sebagai “anda” atau “pengguna”).
Kami memproses data peribadi mengikut undang-undang perlindungan data yang berkenaan, termasuk Peraturan Perlindungan Data Umum (Peraturan (EU) 2016/679) (selepas ini disebut sebagai “GDPR”) dan sebarang undang-undang perlindungan data berkenaan yang lain.
Kami mengumpul data peribadi anda untuk membolehkan kami memenuhi kewajipan kami berikutan daripada hubungan kontrak dengan pelanggan perniagaan kami. Kami juga mempunyai kewajipan undang-undang untuk memproses dan berkongsi data peribadi anda dengan pihak berkuasa awam seperti agensi cukai dan kerajaan.
Kami mengumpulkan kategori data peribadi yang berikut mengenai anda:
data peribadi umum (nama pertama dan nama keluarga, bahasa komunikasi);
pekerjaan atau butiran kontrak yang lain (jawatan anda sebagai pelanggan perniagaan kami dan butiran hubungan perniagaan anda seperti nombor telefon dan alamat e-mel);
butiran akaun anda di dalam sistem perolehan IT berasaskan internet kami (Sistem Markit) (nama pengguna, log masuk, aktiviti pengguna, data lain yang diberikan oleh pengguna secara sukarela);
Kami mendapatkan data peribadi anda secara langsung dari anda, termasuk mengumpulkan data melalui aktiviti anda di dalam Sistem Markit, atau secara tidak langsung, dari pelanggan perniagaan yang anda wakili atau mempunyai kaitan.
Di mana yang sesuai dan mengikut mana-mana undang-undang dan keperluan tempatan, kami secara amnya menggunakan data pengguna dalam perkara yang berikut:
untuk memastikan hubungan kontrak dipenuhi dengan pelanggan perniagaan kami;
untuk menghantar kemas kini kepada pengguna mengenai status pesanan dan sebarang transaksi lain atau perubahan yang relevan di dalam akaun pengguna atau pelanggan;
untuk memantau dan memastikan kewajiban kontrak pelanggan perniagaan kami dipenuhi;
untuk menghantar bahan maklumat kepada e-mel dan/atau alamat pos pengguna;
untuk mencadangkan penyelesaian atau tawaran produk yang Markit percaya bahawa ia sesuai atau bermanfaat kepada pelanggan;
untuk memastikan supaya kami mematuhi undang-undang dan menguruskan risiko terhadap perniagaan;
untuk memastikan kemampanan sistem dan memperbaiki ciri-ciri sistem;
untuk membantu kami mewujudkan, melaksanakan atau membela tuntutan undang-undang jika perlu;
Markit mungkin menggunakan maklumat ini untuk berunding dengan agensi penilaian kredit atau sumber maklumat lain untuk menentukan jumlah kredit yang akan diberikan kepada pelanggan perniagaan kami.
Terdapat beberapa keadaan di mana Markit boleh memproses data peribadi pengguna secara sah. Perkara-perkara ini adalah seperti berikut:
untuk melaksanakan kewajipan undang-undang (GDPR Art. 6(1)(c));
pemprosesan adalah dalam kepentingan kami (GDPR Art. 6(1)(f)), terutamanya di mana:
pemprosesan adalah penting untuk memenuhi perjanjian dengan pelanggan perniagaan kami;
kami perlu melakukan aktiviti pra-jualan dan pasca-jualan, untuk berkomunikasi dengan pelanggan perniagaan kami;
kami perlu mempertingkatkan khidmat pelanggan dan kemampanan sistem.
Di bawah undang-undang yang berkenaan di mana pelanggan perniagaan kami dianggap sebagai subjek data, maklumat tambahan berikut digunakan:
data peribadi yang berikut mungkin dikumpulkan mengenai anda:
Markit menggunakan kuki untuk mempertingkatkan perkhidmatan dan pengalaman penggunanya dan untuk menganalisis bagaimana laman web kami digunakan. Kuki sahaja tidak boleh digunakan untuk mengenalpasti pengguna, tetapi ia boleh dipautkan secara langsung atau tidak langsung kepada pengguna apabila digabungkan dengan maklumat lain. Dalam situasi ini, kuki boleh dianggap sebagai data peribadi. Kuki disimpan pada komputer pengguna dan dihantar dari situ ke laman web Markit. Pengguna boleh menyahaktifkan atau mengehadkan penghantaran kuki dengan mengubah tetapan di dalam pelayar internet. Walau bagaimanapun, ini boleh menyebabkan ketidakupayaan untuk memanfaatkan sistem Markit sepenuhnya. Sila lihat butiran lanjut di dalam Dasar Kuki kami.
Untuk kami memenuhi tujuan yang diterangkan di dalam dasar ini, data peribadi anda mungkin dihantar kepada penerima yang berikut:
di antara dan di dalam entiti kumpulan Markit;
kepada pengedar dan penyedia perkhidmatan pengangkutan;
kepada penyedia storan berasaskan awan; dan
kepada pihak ketiga yang lain (seperti pihak berkuasa cukai, audit, dan yang lain, penyedia perkhidmatan pihak ketiga, cth. penyedia perkhidmatan perakaunan dan perundangan, konsultan IT, syarikat insurans dan penasihat profesional dan konsultan perniagaan yang lain).
Kami memindahkan data di luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA, cth. Negara Anggota Kesatuan Eropah, berserta dengan Norway, Iceland dan Liechtensteinthe) sahaja di mana ia memenuhi undang-undang perlindungan data. Pemindahan seperti ini adalah berdasarkan keputusan kecukupan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Eropah atau berdasarkan Klausa Kontrak Piawai EU, dan anda berhak untuk menerima salinan perlindungan sesuai yang digunakan dengan menghubungi kami.
Kami kebiasaannya memproses data peribadi pengguna semasa hubungan kontrak dengan pelanggan, dan kemudian menyimpannya sehingga 10 tahun selepas perjanjian antara Markit dan pelanggan ditamatkan. Kami mungkin membuat pengecualian berkenaan ini di mana terdapat keperluan untuk mengekalkan data untuk tempoh yang lebih lama atau jika ia dikehendaki oleh undang-undang.
Setelah kami memastikan bahawa kami tidak lagi perlu menyimpan data peribadi pengguna, kami akan memadam dan memastikan ketanpanamaannya dari sistem Markit.
Anda mempunyai pelbagai hak berkenaan data peribadi anda yang diproses oleh kami mengenai anda, seperti yang berikut:
Hak untuk memohon akses: anda boleh meminta kami untuk mengesahkan maklumat apakah yang diproses mengenai anda pada bila-bila masa. Jika anda meminta salinan lanjut maklumat ini, kami mungkin mengenakan kos pentadbiran yang berpatutan. Dalam keadaan di mana kami dibenarkan untuk melakukannya, kami mungkin menolak permintaan tersebut. Jika kami menolak permintaan ini, kami akan memaklumkan kepada anda mengapa kami berbuat demikian.
Hak untuk pembetulan: anda boleh meminta supaya kami memperbetulkan sebarang data peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap yang diproses oleh kami mengenai anda. Jika kami telah berkongsi data peribadi ini bersama pihak ketiga, kami akan memaklumkan mereka tentang pembetulan ini melainkan ia adalah mustahil atau melibatkan usaha yang tidak berkadaran. Jika kami dibenarkan secara sah, kami mungkin menolak permintaan tersebut. Jika kami menolak permintaan ini, kami akan memaklumkan kepada anda mengapa kami berbuat demikian.
Hak untuk memadam: anda mempunyai hak untuk meminta supaya kami memadam data peribadi anda dalam keadaan tertentu. Jika dibenarkan secara sah, kami mungkin menolak permintaan tersebut. Jika kami menolak permintaan ini, kami akan memaklumkan kepada anda mengapa kami berbuat demikian.
Hak untuk membataskan pemprosesan: anda mempunyai hak untuk meminta supaya kami membataskan pemprosesan data peribadi anda dalam keadaan tertentu. Ini bermakna kami hanya boleh terus menyimpan data dan tidak boleh melakukan sebarang aktiviti pemprosesan selanjutnya. Jika dibenarkan secara sah, kami mungkin menolak permintaan tersebut. Jika kami menolak permintaan ini, kami akan memaklumkan kepada anda mengapa kami berbuat demikian.
Hak untuk membantah: dalam keadaan tertentu anda mempunyai hak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda. Jika dibenarkan secara sah, kami mungkin menolak permintaan tersebut. Jika kami menolak permintaan ini, kami akan memaklumkan kepada anda mengapa kami berbuat demikian.
Hak untuk kemudahalihan data: secara umumnya anda mempunyai hak untuk memindahkan data peribadi anda di antara pengawal data, tertakluk kepada kemungkinan batasan dari undang-undang yang berkenaan. Data peribadi yang dikumpul oleh kami adalah berkenaan dengan aktiviti pengguna di atas nama pelanggan perniagaan kami dan oleh itu data ini tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana pihak ketiga oleh pengguna.
Hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan: anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan negara anda. Di Estonia, ia adalah Estonian Data Protection Inspectorate, lihat butiran hubungan di laman web (https://www.aki.ee/en/contacts). Anda boleh mendapatkan butiran hubungan pihak berkuasa penyeliaan tempatan anda di https://edpb.europa.eu/about-edpb/board/members_en.
Jika Markit mengubah kategori data peribadi yang diproses atau tujuan pemprosesan data peribadi, Markit akan melakukan pindaan berkenaan kepada dasar ini dan memaklumkan pelanggan kami dan juga pengguna, di mana yang mungkin.
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen mengenai cara kami mengumpul, menggunakan dan memproses data peribadi, sila hubungi koordinator perlindungan data kami di gdpr@markit.eu.